Superb Shaklee!
PENTINGNYA MINUM AIR KOSONG A.K.A. AIR MASAK
Monday 6 January 2014 • 06:44 • 0 comments

Assalamualaikum. 

Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan kepentingan minum air kosong. 

Sebenarnya, air kosong sangat elok, penting dan baik untuk kesihatan. Saya sendiri tidak rajin minum air kosong sebab sangat sukakan air manis (susu, jus buah, air sirap, teh ais, to name a few). Namun, disebabkan sudah mula melihat pelbagai masalah kesihatan disebabkan kemanisan air, saya perlahan-lahan mengurangkan minum air manis.

Saranan ahli perubatan adalah minum 6-8 gelas sehari atau 3 liter air. Kalau kita lihat kuantiti itu, mesti rasa macam nak termuntah, kan? Macam mana agaknya nak minum air sebanyak itu sehari? Nak minum banyak itu sekali duduk? Mahu kembung perut! Lepas tu, berlari-lari ke tandas sebab nak buang air kecil.

Nampaknya macam susah sangat. Cuba kita lihat kepada penyelesaian. Jangan fokus kepada masalah. Tentu kita pening! Baik, kita asingkan masa untuk minum air seperti berikut:

2 gelas air setelah bangun tidur: Bantu aktifkan organ dalaman (mudahkan buang air besar).
1 gelas air 30 minit sebelum makan: Mudahkan aktiviti pencernaan. 
1 gelas air sebelum mandi: Bantu turunkan tekanan darah.
1 gelas air sebelum tidur: Elakkan strok (angin ahmar) atau serangan jantung.

Haa... di sini pun sudah dapat 5 gelas air kan?
Kita boleh minum air kosong beberapa gelas lagi di antara waktu ini. Tambah 3 gelas lagi, sudah cukup 8 gelas. Mudah bukan?

Saya sudah mula sedikit demi sedikit walaupun keadaan kesihatan saya tidak menggalakkan saya minum banyak air.

Apabila kita minum banyak air, pasti kita akan banyak berpeluh dan kerap ke tandas untuk buang air kecil. Anda risaukah? Oh, jangan bimbang. Ini menunjukkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan baik. Buah pinggang anda telah menjalankan tugasnya menapis darah, air dan toksin lalu ia keluar sebagai urin. Kulit anda pula
mengeluarkan toksin daripada liang peluh. Sekurang-kurangnya toksin telah keluar daripada badan anda. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan ye?

Sampai jumpa lagi!

Ezna Syaqira (6 Januari 2013, 10.43 pm) 


About Info Best Products Offer Products


Assalamualaikum. Inginkan makanan kesihatan untuk seisi keluarga pada harga yang berpatutan? Shaklee adalah jawapannya! Mari kita jenguk produk-produk untuk dibeli! Jika ada soalan atau mahu membeli, rujuk navigasi comel di atas.


PM/Whatsapp: 012-3142847

Email: eznasyaqira@gmail.com

Tampal di blog anda! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Ezna
PENTINGNYA MINUM AIR KOSONG A.K.A. AIR MASAK
Monday 6 January 2014 • 06:44 • 0 comments

Assalamualaikum. 

Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan kepentingan minum air kosong. 

Sebenarnya, air kosong sangat elok, penting dan baik untuk kesihatan. Saya sendiri tidak rajin minum air kosong sebab sangat sukakan air manis (susu, jus buah, air sirap, teh ais, to name a few). Namun, disebabkan sudah mula melihat pelbagai masalah kesihatan disebabkan kemanisan air, saya perlahan-lahan mengurangkan minum air manis.

Saranan ahli perubatan adalah minum 6-8 gelas sehari atau 3 liter air. Kalau kita lihat kuantiti itu, mesti rasa macam nak termuntah, kan? Macam mana agaknya nak minum air sebanyak itu sehari? Nak minum banyak itu sekali duduk? Mahu kembung perut! Lepas tu, berlari-lari ke tandas sebab nak buang air kecil.

Nampaknya macam susah sangat. Cuba kita lihat kepada penyelesaian. Jangan fokus kepada masalah. Tentu kita pening! Baik, kita asingkan masa untuk minum air seperti berikut:

2 gelas air setelah bangun tidur: Bantu aktifkan organ dalaman (mudahkan buang air besar).
1 gelas air 30 minit sebelum makan: Mudahkan aktiviti pencernaan. 
1 gelas air sebelum mandi: Bantu turunkan tekanan darah.
1 gelas air sebelum tidur: Elakkan strok (angin ahmar) atau serangan jantung.

Haa... di sini pun sudah dapat 5 gelas air kan?
Kita boleh minum air kosong beberapa gelas lagi di antara waktu ini. Tambah 3 gelas lagi, sudah cukup 8 gelas. Mudah bukan?

Saya sudah mula sedikit demi sedikit walaupun keadaan kesihatan saya tidak menggalakkan saya minum banyak air.

Apabila kita minum banyak air, pasti kita akan banyak berpeluh dan kerap ke tandas untuk buang air kecil. Anda risaukah? Oh, jangan bimbang. Ini menunjukkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan baik. Buah pinggang anda telah menjalankan tugasnya menapis darah, air dan toksin lalu ia keluar sebagai urin. Kulit anda pula
mengeluarkan toksin daripada liang peluh. Sekurang-kurangnya toksin telah keluar daripada badan anda. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan ye?

Sampai jumpa lagi!

Ezna Syaqira (6 Januari 2013, 10.43 pm) 


Newer Posts or Older Posts